Wednesday, May 12, 2010

blueS uTk akU SelaMAnyA...

akan ku daki gunung harapan ini,
walau ku tahu puncaknya tinggi,
akan ku tempuh onak dan duri,
walau ku tahu ranjaunya runcing berduri..

di pesan org tua,
dikala suka ramai bertanya,
dikala sedih ramai menyisih...

akan ku kota segala kata,
takku mungkiri janji termetri,
harapanmu ayah bonda,
tak ku biar karat dihati...

hanya pada-Mu tuhan..
ku pohon kesempatan,
tunjukkanlah jalan,
permudahkanlah perhitungan

~blues selamanya~

Friday, May 7, 2010

reNungaN buAt SemuA...

aBg…sYg riNdu….

Nurul pulang dari kerja…cepat-cepat dia mengemaskan diri lalu ke dapur menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja..ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang…
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar…cepat2 nurul berlari ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman yang paling manis…
“abg dah balik??...rindu syg x???hehe…
Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun2 nurul…
“mestila rindu…jawapan itu cukup membuat nurul bahagia…

Begitulah rutin harian mereka sejak 4tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga…tanpa jemu,tanpa kekurangan sedikit kasih sayang pun…walaupun mereka masih blm mempunyai cahayamata,tetapi mereka tidak pernah merasa kekurangan…sudah banyak kali mereka berusaha, namun mungkin kerana masih belum ada rezeki mereka…

Semuanya cukup indah sehinggalah Haris menerima setiausaha baru di pejabatnya..namun Haris seperti biasa hanya menganggap Suri sebagai rakan sekerjanya..namun manusia tentu ada yang berhati busuk dan ingin meruntuhkan kebahagiaan orang lain..rakan baik haris sendiri, norman seringkali menasihatkan haris agar mencari org baru untuk mendapat zuriat..
“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun masih xde anak lagi…bila ko nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya…”aku bukan xusaha man…tapi xde rezki lagi…aku dah p check kat hospital, doctor kata rahim nurul xkuat untuk mengandung…mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi…insyaallah, klu ada rezki ada la…aku akan usaha lagi…”…haris menjawab panjang…
“tapi Ris,sampai bila?aku rasa xde salahnya kau cuba dengan org lain…bukannya kau xmmpu kawen lain pun..kau ada pgkat,gaji besar…lagipun suri tu,aku tgk cam sesuai sgt dah dgn kau”,…Norman menyucuk jarumnya…

Cuti sekolah menjelang tiba…seperti biasa haris dan Nurul akan pulang ke kampong melawat orang tua Haris…nurul pula sudah ketiadaan ibu bapa kerana dia sejak kecil lagi dia hanya tahu dia anak yatim piatu…seperti biasa, buah tangan utk mentua tidak pernah dilupakan.
Sesampainya di rumah Haris, mentua nurul menyambutnya seperti biasa…dengan senyuman penuh sindiran…”hai, xbesar2 lagi perut?bila nk ada isi???”keluar ayat power dari mulut si ibu…
Nurul hanya tersenyum…takde rezki lagi mak…jawabnya…dia terus ke dapur menyiapkan makanan tengahari kegemaran mentuanya..
Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan…”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak…kamu lah satu2 nya anak kami…kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata..”mak Haris memulakan bicara apabila dilihatnya kelibat nurul menghilang ke dapur..
Haris mengeluh panjang…kami dah cuba mak..tak ada rezki lagi…jawab haris…
“mak tahu Ris…nurul memang menantu yg baik..lemah lembut,sopan santun, rajin…mak tahu kamu sygkan dia..tapi mak harap sangat dapat tgk zuriat kamu sblm mak dan ayah menutup mata..kamu cubalah nasib dengan org lain pula…mungkin dapat siapa tahu…”
Tgklah mcm mn mak…jawab haris…

Semenjak pulang dari kampong, fikiran Haris bercelaru..banyak yg menyebabkan dia berfikir..perasaan serba salah menguasai dri..kata2 sahabatnya dan ibunya mula terngiang2 di telinganya..

Nurul mula melihat perubahan pada dri Haris…haris mula mnjauh darinya..tiada lagi kata2 romantis yg keluar dr bibir haris setiap hari spt sblm ini..haris juga sudah pndai pulang lewat mlm..haris juga jarang bercakap dgnnya..nurul mula merindui haris yg dahulu…persaan sedihnya disimpan jauh disudut hati..dia tetap menjalankan tggungjawabnya spt biasa..mnyediakan mknan buat suaminya wlpn kdg2 mknan itu lgsung tidak dijamah oleh Haris…hatinya kecilnya sentiasa berbisik”abg,syg btl2 rindukan abg”…smbil matanya brgenang air mata kesayuan…

Di pejabat, haris semakin rapat dengan Suri…mereka mula kluar mkn brsama dn sntiasa kemana2 brdua…haris mula brniat didalam hatinya utk memperisterikan Suri…
Di rumah, nurul merasa badannya sakit2 dan seperti hendak demam…dia menunggu haris pulang utk mnghntarnya ke klinik..
Ketika haris pulang, nurul menyatakan hasratnya utk ke klinik..tetapi jwpan yg diterimanya cukup hmbar…haris menyuruhnya ke klinik sndiri atas alasan ada mesyuarat dengan pengarah sebaliknya haris ingin keluar bersama Suri…dengan penuh kesedihan nurul ke klinik menaiki teksi kerana tidak tahan kepalanya berdenyut2 kesakitan…selesai pemeriksaan doctor, nurul seperti tidak percaya apabila doctor mngesahkan dia mngndung 2 bulan…dia memanjatkan kesyukuran yg amat sgt dn terasa tdk sabar ingin mmberitahu haris.
Nurul mnunggu kpulgn haris dgn sbr, namun nyata haris tidak pulang ke rumah…pg esoknya, nurul trdengar kereta haris masuk ke perkarangan rumah..lekas2 dia bingkas bgn dn kluar ke ruang tamu..”abg ke mana?kenapa tak balik mlm td?”..tnya nurul…”tdo rumah Norman..”jwb haris ringkas..”abg,syg nk tnya skit boleh?haris mngangguk..knp abg dah lain sekarang?abg dah xpedulikan syg lg…haris yg ketika itu masih dalam keadaan mengntuk mula naik marah mndengar prtanyaan itu..”kau nak tahu knp?sebab kau xdapat bg aku anak..aku perlukan zuriat…org tua aku hendakkan cucu..utk pgetahuan kau aku akan berkahwin lagi..utk dptkan anak…faham???haris bergegas mendapatkan beg pakaiannya dan mngambil beberapa helai baju utk kluar dr rumah…
Bagaikan halilintar membelah bumi,nurul terkedu mndgar prnyataan haris..trnyata berita gembira yg ingin disampaikan disambut dgn berita duka.haris brgegas keluar tnpa sempat mndgr kata2 dari nurul…nurul jatuh trjelepuk dn tidak sedarkan dri..

Di hospital,nurul mula sedarkan diri selepas 3 jam..haris disisinya dengan erat memegang tangannya..”syg,maafkan abg…abg xtahu syg mengandung”haris dengan penuh kesal mngucup tgn nurul…nasib baik jiran sebelah perasan masa nurul pgsan,klu tidak haris tntu mnyesal smpai bila2 sekiranya apa2 brlaku pd nurul dn anak dlm kndungnnya…hati kecil haris mengutuk dirinya sndiri kerana cuba mnduakan nurul…betapa besar pengorbanan nurul selama ini mnjadi isterinya…haris insaf..
Doctor mnasihatkan psgn ini agar mnjaga kndungn nurul dgn brhati2 memandangkan rahimnya tdk kuat dan anak yg dikandung anak sulung..haris mmbawa nurul ke hospital dua mggu sekali utk pemeriksaan tekanan darahnya..

Sembilan bulan ditempuhi dgn penuh ksabaran..dalam diam,nurul menyimpan rahsia yg amat besar tnpa pgetahuan haris…pada awal kndungannya,doctor tidak mnggalakkan nurul melahirkan anak itu lantaran risiko yg amat tggi bakal dihadapi..tetapi nurul brkeras utk melahirkan anak itu dan meminta doctor merahsiakan dari haris semata2 utk mmberi zuriat kpd suaminya.pada saat nurul berjuang utk melahirkan anaknya, haris menerima sepucuk surat yg ditulis oleh nurul spjg mengandungkan anaknya,,,
“abg…pada saat kita bahagia bersama,syg adalah insan yg plg bertuah di dunia ini..namun,sejak abg mula mnjauh…syg terlalu ingin mnyatakan sesuatu yg sudah lama syg pendam buat abg….abg,syg benar2 rindukan abg…syg rindukan abg yg amat sgt…andai syg terkorban,abg jg lah anak kita dgn penuh kasih syg sptmana abg mnjg syg suatu ms dahulu…ampunkan segala dosa syg dn halalkan mkn minum syg”…yg merinduimu…nurul…
Menitis air mata haris membaca warkah tersebut…ketika doctor dtg memberitahunya bahawa nurul sggp brkorban utk melahirkan anak itu wlpn dia tahu risikonya amat tggi..”en. haris,sbnrnya pn.nurul sudah diberi pilihan samada ingin melahirkan anak ini atau tidak,kerana mgkin salah satu nyawa akan terkorban..tetapi pn.nurul mnyuruh kami mnyelamatkan anaknya berbanding drinya krn katanya en,haris sgt2 inginkan anak ini…haris terkedu…lidahnya kelu..hatinya menangis…ya allah..selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya allah…
Hamper 6jam nurul bertarung,akhirnya doctor brjmpa dgn haris…tahniah en.haris..anak encik selamat…lelaki..alhmdulillah..haris mengucap syukur…isteri sy doctor?ermmm..isteri encik juga selamat..tahniah..ya allah..haris bersyukur teramat sgt..dia terus berlari kea rah isterinya…
Nurul yg masih lemah memandang haris…
“syg,andai diberi pilihan,abg akan memilih selamatkan syg..anak boleh diusaha lg,tp isteri spt syg abg xkn dpt lg smpai bila2..terima kasih syg..abg cintakan syg…terima kasih abg…nurul mnjawab kemudian terlena…
~TamaT~

bOsan...

xtau nk wat ape...bohsan btol duk skool xbuat apa2...
ermmm...lama xmenulis kat cni...
about work...as usual la...always bz...but always bersyukur ke hadrat Illahi coz beri rezki yg melimpah ruah utk bantu family...^_^...alhamdulillah~

rasa cam nk sambung blaja...tp xtau la coz da ada commitment..bez jer rase ms jd student dlu...xyah pk psl keje...

tetiba teringat kt someOne...rasa sakit hati...sedih..kecewa...sume ader...
tp nk wat cmner...smua da Allah tentukan...
setiap org xlari dr kesilapan...aku cuma berharap Allah mengampuni dosa2 ku yg lalu dan sentiasa berikan aku petunjuk ke jalan yg lurus...semoga dia pn sedar kesilapannya...

bila diputar kmbali kisah2 lama dlm memory ni, mmg sakit hati btol..aku sentiasa dihina...sejak aku kecil sehingga sekarang..dipermain2kan..rasanya seolah2 aku xpernah bahagia...tp perasaan kecewa hanya akan mendatangkan kemarahan...dan kemarahan akan menyebabkn dendam yg xsudah2...dendam pula hnya menyebabkan dosa...dan dosa pula mmbawa ke neraka..na'uzubillah....

tapi aku tahu allah maha penyayang kepada hambanya...allah akan menggantikan sesuatu yg lebih baik dalam hidup ini...aku redha dengan segala ketentuan-Nya...
aku cuma berharap allah jadikan aku seorg yg tabah...teguh keimanan dan sentiasa bersyukur dengan apa yg diberikan oleh-Nya..amin...

Wednesday, May 5, 2010

kHas BuaTmU...


kelmarin,
kehidupan yang ku pasrahkan,
dimusnahi mereka,
yg tak punya perasaan...
menjadikan aku manusia terpinggir,
terpinggir dari semua yg indah2...
terutamanya CINTA...

esoknya..
kau datang bersama malam,
disapa angin sepoi2 bahasa yg malu2,
bersama hatimu yg luhur,
dan wajah sesejuk salju....

untuk kesekian kalinya,
cinta hadir...
memujuk kelukaanku,
dengan keyakinan bahawa...
cinta bisa merawat segala...

~semoga Allah memberi kebahagiaan kepada kita sehingga ke akhir hayat...amin~

Friday, April 30, 2010

TaubaT


Bertaubat kerana berzina sebanyak 200kali…

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. 39:53)

ceritanya bermula begini....
Pagi itu di Madinah Al Munawarah dalam sebuah kesempatan Umrah di tahun 2007, seorang ustaz pembimbing dihadang oleh seorang jemaahnya saat sarapan pagi di restoran hotel. Jemaah tersebut meminta waktu sang ustaz untuk berkonsultasi sedikit dari permasalahan.

"Ustaz..., apakah bila seseorang mempunyai dosa yang menggunung kemudian dia bertaubat dan minta ampun kepada Allah maka taubatnya akan diterima?"

Sambil tersenyum sang ustaz menjawab , "Tentu taubatnya akan Allah terima!"

"Tapi ustaz, ada seorang sahabat saya yang kebetulan sedang berumrah dan ada di Madinah saat ini, dan ia ragu kalau taubatnya tidak diterima oleh Allah...!" sambung sang jemaah.

"Mengapa ia masih ragu?!" sahut pak ustaz.

"Sebab dia pernah melakukan dosa zina, Ustaz!" jawab sang jemaah.

Sambil menampakkan wajah penuh keteduhan dan keseriusan, sang ustaz berkomentar, "Peluang untuk bertaubat akan senantiasa terbuka untuknya...! "

"Tapi ustadz, zina yang dia lakukan bukan cuma sekali...!" jelas sang jemaah. "Memangnya berapa kali zina yang dilakukannya. ..?" tanya sang ustadz penasaran.

"100 kali zina mungkin pernah dia lakukan, Ustaz!" imbuh sang jemaah.

"Astaghfirullahal Adzhiim....!" terdengar sang ustaz beristighfar sebab kaget mendengarnya. Terlihat rona dan mimik wajah sang ustadz berubah sebab keterkejutan itu.

Mendapati hal itu sang jemaah bertanya sekali lagi kepada gurunya tadi, "Kalau dosa zina sebanyak itu..., apakah ada kesempatan bertaubat untuknya, Ustadz?!"

Sang ustadz mengela nafas kemudian berkata, "Tentu..., kesempatan bertaubat akan selalu terbuka untuknya. Kedua tangan Allah Swt akan terbentang di waktu malam, agar orang yang berdosa di waktu siang sempat bertaubat. Kedua tanganNya pun akan selalu terbuka di waktu siang, agar orang yang berdosa di waktu malam sempat untuk bertaubat. Pintu taubat selalu terbuka untuk hamba Allah sepanjang waktu. Baik siang, malam, pagi ataupun petang...!!! "

Mendengar penjelasan ini sang jemaah merasa agak nyaman. Terdengar jemaah itu bergumam lalu ia pun melanjutkan bicara, "Kalau sahabat saya itu tidak berzina sebanyak 100 kali macam mana, Ustaz?"

Mendengarnya sang ustaz berharap dalam hati bahwa angka zina yang dilakukannya tidak mencapai sebanyak itu. Namun sang ustaz teramat kaget begitu mendengar sang jemaah melanjutkan kalimatnya.

"sudah 200 kali zina juga lebih dia lakukan...!! !" imbuh sang jemaah.

"ASTAGHFIRULLAHAL AZHIM....!!!" sang ustadz beristighfar kepada Allah dengan suara yang lebih keras dari sebelumnya. Tak terbayang oleh sang ustaz tentang sosok hamba Allah Swt yang berani melakukan dosa zina sebanyak itu. Sang ustadz merenung dan memikirkan kelakukan manusia bejat ini, hingga rona wajah sang ustaz sungguh berubah secara drastis.

Mendapatinya sang jemaah kembali mengejar, "Ustadz, kalau dosa sebanyak itu.... apakah bila ia bertaubat maka akan diterima oleh Allah?!"

Berat sebenarnya sang ustadz menata hati saat mendengar peristiwa ini. Namun sang ustaz mencoba untuk tersenyum dan meyakinkan jemaahnya dengan ucapan, "Meski dosa tiada terhitung. Meski dosa setinggi langit, bahkan bila dosa itu sepenuh bumi. Selagi sang hamba bertaubat dan beristigfar kepada Allah, maka pasti Allah Swt akan menerima taubat dan memberi ampunan untuknya![2]

Jawapan ustaz terakhir membuat sang jemaah merasa lega. Ia mulai tersenyum dan kemudian mengatakan, "Alhamdulillah. ..., kalau memang demikian maka saya akan menyampaikan kabar ini kepada sahabat saya itu. Semoga ia yakin bahwa taubatnya akan Allah terima. Tapi ustadz, supaya dia bisa dengar langsung... bisakah saya ajak dia untuk bertemu dengan ustaz?"

"Dengan senang hati saya bersedia berjumpa dengannya. Silakan datang ke bilik 709. Saya tunggu ya di kamar pukul 8 pagi ini...! terang pak Ustaz.

Sejurus kemudian sang ustaz meninggalkan jemaahnya di meja restoran. Beliau pergi menuju kamarnya sambil terus berucap istighfar kepada Allah Swt kerana susah membayangkan betapa besar dosa yang dilakukan oleh hamba Allah Swt seperti yang diceritakan jemaahnya. Beliau masuk ke kamar, lalu tepat pukul 8 pagi, sang ustaz mendengar pintu kamarnya diketuk oleh seseorang. Sang ustaz bangkit untuk membuka pintu, dan ia menduga di balik pintu kini sudah berdiri dua orang manusia. Pertama adalah jemaah yang sudah dikenalnya, dan satunya lagi adalah sahabat jemaahnya yang katanya pernah melakukan dosa zina bahkan 200 kali lebih!

***

Sayang..., begitu sang ustaz membuka pintu ternyata di sana hanya berdiri seorang lelaki yang tiada lain adalah jemaahnya sendiri. "Mana sahabatmu yang mau konsultasi.. .?" sang ustadz menanyakan.

"Tadinya dia sudah mau ke sini, namun setelah berpikir beberapa lama ia mengutusku saja untuk menemui ustad. Dia kata, ia malu berjumpa dengan ustaz!" jelas sang jemaah.

"Ya sudah kalau begitu, silakan masuk!" sahut pak ustaz.

Jemaah itu kemudian masuk ke kamar sang ustaz. Dia duduk di salah satu kursi yang ada dalam kamar itu. Sedikit pembicaraan awal pembuka suasana mulai terdengar, hingga sang jemaah itu kembali bertanya hal yang sama kepada sang ustadz, "Apakah bila dosa zina bahkan hingga lebih 200 kali akan bisa diampuni oleh Allah bila sang hamba mau bertaubat... ?!"

Sang ustaz mencoba meyakinkan dengan berbagai macam dalil Al Quran dan hadits yang menyatakan bahwa Allah Swt adalah Maha Penerima taubat. Berkali-kali ustaz membacakan dalil sang ustadz menegaskan, "Pasti Allah Swt akan menerima taubat hambaNya!!!"

Jawaban-jawaban ustadz itu rupanya sudah cukup melegakan bagi sang jemaah. Usai berdiskusi selama setengah jam lamanya akhirnya sang jemaah kemudian menyalami tangan sang ustaz. Dengan mata berkaca-kaca jemaah itu kemudian berkata, "Ustadz mohon maaf ya..., orang durjana yang berzina lebih dari 200 kali itu tiada lain adalah saya orangnya!!!"

Bagai disambar petir sang ustaz teramat kaget mendengarnya. Seolah tak percaya mendengar penuturan itu, kedua mata sang ustadz memandangi jemaahnya yang kini sedang menangis di hadapannya mulai dari atas ke bawah hingga dia pandangi dengan cara yang sama berulang-ulang. "masakan, ia melakukan semua dosa ini...?!" gumam sang ustadz dalam hati. Namun sang ustaz menyadari bahwa ia sudah menjamin pintu taubat bagi pelaku zina sebanyak ini. Ia tidak akan menarik ucapannya lagi! Akhirnya sang ustaz memeluk jemaahnya dan ada kehangatan iman yang kini menjalar masuk menembus relung hati sang jemaah.

***

"Maafkan saya, Ustaz! Saya harus berbohong dalam masalah ini. Saya semula khawatir ustaz akan marah kepada saya bila tahu saya melakukan dosa sebanyak ini... Makanya saya berpura-pura bahwa yang melakukan ini adalah sahabat saya. Sungguh saya ingin bertaubat kepada Allah Swt atas semua dosa zina yang pernah saya lakukan. Apalagi sekarang Allah Swt sudah beri saya seorang istri shalihah yang berjilbab. Bahkan dua orang anak saya adalah perempuan. Setiap kali mau pergi meninggalkan rumah, saya merasa amat khawatir bila mereka bertiga akan digagahi oleh lelaki lain, seperti yang sering saya lakukan dengan banyak wanita. Saya tidak sanggup menanggung dosa ini, Ustaz...!!! "

Sang ustaz merasa hiba dan haru mendengar penuturan taubat seorang jemaahnya. Beberapa petua untuk bertaubat dan beristighfar diajarkan oleh sang ustadz untuk ketenangan hati jemaahnya.

Akhirnya setelah mendapatkan ketenangan batin itu, sang jemaah berpamitan dan ustadz pun melepasnya hingga ke depan pintu kamar. Lalu pintu itu pun tertutup kembali.

***

Sang ustaz menghirup nafas yang dalam setelah tamunya pergi. Kini sang ustaz mulai mengerti betapa berat beban dosa yang dipikul orang pelakunya. Dan betapa bertaubat dan beristighfar kepada Allah terdapat banyak kedamaian, ketenangan dan ketentraman jiwa.

"Sungguh taubat & istighfar akan membawa orang yang melaksanakannya bersih jiwa dan pikiran!!!" simpul pak Ustaz.

dipetik dari catatan eramuslim...

~renung2kanlah sahabat2ku...bknlah bermaksud Allah itu Maha Pengampun maka kita sewenang2nya melakukan dosa..ingatlah bahawa kiamat akan datang bila2 masa..oleh itu bertaubatlah sblm pintu taubat ditutup selama2nya..namun kita sebagai manusia sering alpa dan leka serta tidak lari dr kesilapan...semoga Allah melindungi dan mengampuni kita..amin...
~sesungguhnya air mata yang paling suci adalah air mata yang mengalir kerana taubat~

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami,terimalah taubat kami…amin…

Friday, February 5, 2010

BERDIKARI....

Da dekat seminggu demam..terima je la ujian dari-Nya...
walaupun suara cam penyanyi rock, tapi tetap teruskan perjuangan..hehe...
student apa lagi....bila tau ckgu sakit je,cpt2 suh ckgu rehat..'xyah ngaja la ckgu...cian ckgu demam'..hehe..kononnye kesian la kt ckgu..padahal diorang malas..hehehe...tanpa mmbuang masa eden pon ngaja la diorg...kbtln lak tajuk komsas...
first2 tu eden suh diorg jawab soalan dulu...then kita bincang....
masa tgh syok bincang bab nilai dan pgajaran,trkeluar la satu nilai tu iaitu "berdikari".....then eden pon tnye la diorg,apa yg diorg paham psl berdikari....????sorg pn xnk jwb..hihi

eden pon citer la kisah hidup eden....sebagai contoh bg diorg paham...bkn eden nk citer yg eden ni baek sgt...cuma eden nk diorg selami cerita eden....smua yg dgr tu trnganga jer....begini bunyi ceritanyer.........

eden mulo berdikari ms eden abih spm...family eden org susah..eden lak xsuka duk umah goyang kaki...eden pon keje dekat pam minyak depan skolah eden...gaji murah jer...1 jam singgit...tp eden ttp keje...eden keje ctu 2bln..ms tu eden famous la gak..hehe..cmne xfamous,ckgu2 sume kenal eden,smpai pkcik tukang kebun pn tau eden keje ctu...adei...

lps sebulan eden kejo,eden dpt tawaran p matrikulasi johor...waa...seronoknye eden...melompat2 gtu...biasala budak kg dpt p asrama..hehe..tp eden diam2 je...xbgtau sape2 pon...kat tokey pam minyak pon eden xbgtau...bkn apa...xnk depa igt eden ni berlagak plak....
ms eden keja ctu,mcm2 org eden jumpa...ada bdk2 laki dtg nk ngorat...hehehe..mcm la eden ni cun sgt...muka dahla itam kena panas+wap petrol....huhu...
pd suatu hari tu,result utk student spm dpt naik form6...nama eden mmg la xde,sbb eden da dapek matriculation...eden pon wat rilek la...cam org bodoh je...tetiba ada la sorg pakcik tu dtg isi minyak...dia pun tnye eden nape xnaik form6...eden tau la pkcik tu msti igt eden ni bodoh xdpt f6...eden pn dgn lemah lembutnye mnjawab..."pak cik, kita tak main form6 ni,kita p universiti trus..."trus trdiam pkcik tu...hihi....
pastu ada lg sorg pkcik dtg,tnya eden da xnak smbung blaja ke...klu xnak, dia nk jodohkan eden ngan anak dia...ayakkks....pkcik tu kata anak dia duk tahun akhir kat um...eden pn trkezut la..dalam ati eden "pkcik ni waras ke x ni???"ada ke nk jodohkan eden si gadis pam minyak ni ngan anak dia yg duk kt um...?
keesokan arinya eden pn mintak benti la ngan tokey...nk wat preparation utk p johore....dapat gaji 600...dah rasa besar da...leh wat bayar yuran nnti...huuu...

seronok dpt p johor...jauh perjalanan..member2 sume parent anta ngan keta,van...eden??eden punye keta paling mahal tau..coz plg panjang dlm dunia...'ketapi'.....hehehe...mklumla xmmpu nk sewa keta....huhuhu...kwn2 sume nangis ms parent nk blk...eden plak senyum meleret ms mak ayah blk...siap tata lagi...

2sem duk johor...balik kg pon skali jer time raye pose...raye aji xblk...
dpt elaun 1000 utk 1 sem(6bln)...nk mkn,nk byr yuran,nk beli buku lagi...xpenah mnta duit ngn mak ayah pon, tkt mnyusahkan diorg...smpai ikat perut xmkn....
bln pose xmkn lgsung...minum air jer...
ada mmber2 bg kuih,buat muka tebal jer mkn...huhu...

study bagai nk rak...bkn apa..org kata klu dpt pointer rendah, kena reject...uiii...tkt...berpeluh jwb exam...tkt kena reject,malu mak bapak..
dpt result exam sem 1, melompat..nyaris2 dekan tu...hihi..trus call mak..mak nangis..huuu...terharu beb...then tekad study more hard...nk masuk universiti nes...

abes matrix,eden kejo lg..kali ni kat supermarket lak...penat seh...kena packing sayur,ayam...hahaha...tapi keje gak...cari rezki yg halal....
pastu dpt msk upsi...adei..mak ayah paksa beb..suh jd ckgu..eden xminat pon..hehe..tp ckgu keje mulia...eden ikut je nasihat mak ayah..

4tahun duk upsi...skali pon xpenah mintak duit blnja ngan mak
dpt scholarship dr kpm
xcukup....
byr hostel,buku,yuran...mkn?
apa lagi...masuk rotu ah...cari duit cket...3 taun berperang ngn senjata m16..hehe...akhirnya ditauliahkan sbg leftenan muda..alhmdulillah...
mak ayah dtg ms tauliah kat uitm shah alam...mak nangis lagi...tgk eden hitam kelam..nmpak gigi jer..huhu....

tgh eden syok story2...tetiba loceng bunyi...krrriiiinnngggg....!!!
hehehe..selamat...eden pon pesan la kat student yg tgh ternganga dgr citer eden supaya berdikari agar dpt berbakti kpd parents,agama,nusa dan bangsa...cewah......
~the end~

Thursday, January 28, 2010

PERJUANGAN SEORANG PENDIDIK...DULU DAN SKARANG...

Alhamdulillah....
dapat gak luangkan masa untuk kongsi pglmn...
sedar xsedar da staun jd pendidik...
alhmdulillah segala cabaran dpt ditempuhi...cuma pada saat terlalu sibuk dan tertekan, pelbagai perasaan yang muncul dalam diri...
sbagai pndidik, aku mula sedar betapa sukar melaksanakan tugas...zaman skarang tidak sama dgn zaman ms aku blajar dulu...kalau dlu, guru adalah ibarat ibu dan ayah kita...tapi sekarang ni guru seperti tidak ada kuasa...mksud kuasa di sini adalah untuk menegur apa yg salah...
alangkah baiknya kalau zaman ini spt zaman dahulu...sudah pasti anak2 zaman skarang mnjadi spt kita...insyaallah berjaya....
masa aku blajar dlu, aku pernah kena ketuk kpala dgn buku teks yg tebal...hanya krana mngntuk dlm kelas...buku zaman dlu xsama ngan skang yg nipis jer....
tapi skg ni usahkan ketuk kpala,marah pn da xboleh...murid2 da jd raja....kena layan dgn elok...klu dlu gantung skolah smpai smggu klu ponteng...skg gntung sehari jer...makin lemak la budak2....
zaman dahulu,guru di hormati...zaman sekarang budak2 letak kaki atas meja depan cikgu...atur kerusi dan tido ms ckgu ngaja..bila mrh cket,keta ckgu kena calar...silap2 aribulan nyawa ckgu pun melayang.....
parent lak cepat melatah...pantang dengar anak kena marah, terus nak saman cikgu..kalau aku dlu,parent aku pon pantang gak dengar aku kena marah ngan ckgu...silap2 aribulan aku kena rotan lagi ngn mak bapak sbb buat ckgu marah...baik xyah bgtau kena marah ngn ckgu...tmbah sakit....
tapi itulah hikmahnya punya ibubapa yg mnghormati guru...kelak anak sendiri akan berjaya...amin....
jadi guru bknnya senang...urusan pntadbiran lagi,pngurusan kelas lg,urusan kokurikulum lg,x termasuk urusan rumahtangga lagi.....boleh dikatakan guru adalah serba boleh....
klu zaman dulu,guru disanjung....smpai mati jasa dikenang....
tapi skrg....ntah igt ntah tidak bila jmpa guru....brsentuh bahu pn da xigt nk tegur.....
bukanlah guru minta disanjung...tapi hanya guru yg tahu apa itu guru...........
berdasarkan pglmn aku...guru mstilah seorang yg cekap, berwibawa,dan yg paling penting punya hati yg cekal seteguh karang...
'ya allah...ampunilah dosa kami, ibu bapa kami, guru-guru kami....amin....'
~semoga tuhan permudahkan segala urusan dan berikan kesihatan yang baik~