Wednesday, November 11, 2009

~nilai kasih sayang dalam islam~

KASIH SAYANG AMAT TINGGI NILAINYA DALAM ISLAM” Islam membawa keselamatan dan keamanan dan kedamaian. Peperangan bukan perkara utama, sebaliknya ia seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Ini adalah kerana di dalam Islam keutamaan ialah menawan hati orang yang kenal dan kasih kepada Tuhan, secara automatik dia juga akan mengasihi sesama manusia tanpa ada kepentingan. Tetapi jika dengan Tuhan yang begitu berjasa kepada kita, tidak kita kasih, maka bagaimana kita dapat mengasihi orang lain. “

Manusia dilahirkan hasil daripada sebuah ikatan kasih sayang di antara sepasang suami isteri. Jelas bahawa fitrah kejadian manusia itu sendiri amat berkait rapat serta tidak dapat dipisahkan dari unsur-unsur kasih sayang. Oleh sebab itulah manusia sangat dituntut untuk berkasih sayang sesama sendiri.

Di dalam Islam, kasih sayang amat tinggi nilainya. Banyak masalah yang berlaku dalam dunia ini akan selesai jika ada kasih sayang. Berlakunya peperangan, pergaduhan, perpecahan, porak-peranda rumahtangga, adalah berpunca dari gersangnya kasih sayang di hati manusia. Sedangkan fitrah semulajadi manusia inginkan kasih sayang. Tapi bila keperluan fitrah tersebut tidak terisi, jiwa manusia akan kosong, kering dan tandus. Maka berlakulah krisis, huru-hara, hingga akhirnya tercetuslah peperangan.

Bukti kasih sayang sangat penting dan tinggi nilainya dalam Islam, antaranya ialah:

1. Allah memerintahkan manusia memulakan sebarang pekerjaan dengan ucapan: Bismillahir Rahmanir Rahim - ertinya, “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.” Allah tidak suruh kita sebut: “Bismillahil Qahhar Wal Jabbar”, sedangkan ia juga adalah sifat-sifat Allah. Terdapat banyak lagi sifat-sifat Allah yang boleh disebut, tapi kenapa kita hanya diperintahkan membaca: Bismillahir Rahmanir Rahim. Malah ia juga menjadi sebahagian daripada bacaan Al Fatihah yang wajib dibaca waktu solat.

Ini membuktikan bahawa Allah tidak mahu hamba-hamba-Nya lebih mengenali-Nya sebagai Tuhan yang sangat keras menghukum walaupun Allah berhak menghukum hamba-Nya yang zalim. Sebaliknya Allah mahu kita mengenali-Nya sebagai Tuhan yang sangat mengasihani dan maha penyayang.

Oleh kerana Tuhan itu sendiri adalah lambang kasih sayang, maka tentulah nilai kasih sayang di dalam ajaran Islam itu sendiri amat tinggi. Rasulullah SAW, kekasih Allah, satu-satunya hamba, makhluk dan manusia yang dipuji dan diselawat ke atasnya oleh Tuhan, sedangkan Rasulullah juga adalah salah seorang hamba ciptaan-Nya. Mengapa begitu tinggi dan mulia status Rasulullah di sisi Tuhan. Cuba kita lihat pujian Tuhan kepada Rasulullah. Tuhan berkata, “Di antara rahmat Aku kepada engkau ialah engkau boleh berkasih sayang dengan manusia.”

Allah tidak berkata: “Di antara rahmat Aku kepada engkau, engkau banyak ilmu, berani (atau lain-lain kebolehan dan kelebihan Rasulullah).” Tetapi yang dipuji dan ditonjolkan ialah kasih sayang dan kelembutan Rasulullah. Di sini jelas menunjukkan kasih sayang punya nilai yang sangat tinggi di sisi Tuhan.

2. Anjuran kasih sayang dalam Islam bukan hanya sekadar bersama kawan, bahkan juga terhadap musuh di dalam peperangan. Contohnya, Islam mengajar disiplin dan tatasusila peperangan agar kematian dan kerosakan, jika ada, adalah sangat minima. Islam mengajar adab berperang antaranya seperti berikut:

a. Tidak boleh menyerang selagi belum diserang.
b. Tidak dibenarkan membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua.
c. Tidak boleh menyerang orang-orang yang sedang beribadah dan merosakkan rumah-rumah ibadah.
d. Tidak boleh menyerang dan merosakkan pokok-pokok, tanaman dan binatang ternakan.

Islam menganjurkan adab berperang yang begitu ketat bagi memastikan tiada orang yang tidak berdaya dan tidak berdosa terkorban di dalam peperangan. Peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah ialah peperangan satu lawan satu. Orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan tidak akan terkorban. Bukan seperti peperangan hari ini, di mana dalam masa tidak sampai seminit, sebutir bom sahaja dapat mengorbankan ribuan manusia yang tidak berdosa. Bangunan-bangunan habis musnah dalam sekelip mata, membawa kerugian yang sangat besar serta memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan semula.

Sebaliknya Islam membawa keselamatan dan keamanan dan kedamaian. Peperangan bukan perkara utama, sebaliknya ia seboleh-bolehnya cuba dielakkan. Ini adalah kerana di dalam Islam keutamaan ialah menawan hati, bukan menawan fizikal. Rasulullah sendiri tidak pernah membunuh di dalam peperangan. Ramai tersungkur di tangan Rasulullah kerana tertawan dengan akhlaknya, kasih sayangnya dan kelembutannya dan bukan ditawan melalui pedangnya.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah agama kasih sayang. Kasih sayang amat tinggi nilainya di dalam ajaran Islam sehinggakan dengan musuh pun dianjurkan supaya berkasih sayang. Oleh kerana kasih sayang punya nilai yang sangat tinggi di dalam Islam, maka ia menjadi senjata yang amat ampuh bagi menawan musuh.

~mencari ketenangan hati dan jiwa~

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.
Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.

Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.

Rasa keluh kesah apabila dapat susah.

Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.

Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.

Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

10 petanda kematian yang baik

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.

Ini dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49)

Dalam menanti saat-saat kematian, kadang-kadang Allah Ta'ala telah menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda yang baik dalam mengakhiri ajal- "Husnul Khatimah" bagi orang-orang yang beriman. Fuqoha' telah menggariskan beberapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang ditunjukkan oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syar'ie, antaranya:

* Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah' nescaya masuk syurga."

* Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib r.a pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi."

* Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."

* Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah.

Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah."

* Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang bermakud:

"Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid."

* Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid."

* Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid."

* Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam. Diantara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur."

* Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah' kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga."

Demikian beberapa alamat Husnul Khatimah yang bakal menanti saat kematian manusia. Tanda Husnul Khatimah ini akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada sesiapa sahaja dikalangan hambaNya. Mudah-mudahan Allah Ta'ala mengurniakannya kepada kita, Amin



Kebekuan airmata itu dari kerasnya hati…kerasnya hati itu dari banyaknya dosa..banyaknya dosa itu dari kerana banyaknya angan2 mencintai dunia dan cinta kepada dunia itu adaalh sumber kpd segala dosa…

Would you just listen?

Would you just listen and please don't say a word, just yet,
I'd like you to think back to the very first time we met,
How you felt around me? The memories we shared,
And just remember that once upon a time, you really cared.

Now think about how we parted, and how much I cried,
But please don't speak, remember that I never ever lied,
That I told you the honest truth about why we were to split,
But now I'd like you to know that my heart broke bit by bit.

The pain was deep, unbearable and painful, for so many years,
I'll never forget all the sadness, all the uncontrollable tears,
Slowly I am rebuilding my life, I am content with what I've got,
And although it is hard I am beginning to forget what I have not.

You were a special part of my life that I will never forget,
A part of my life that broke my heart, but that I don't regret,
You gave me some happy memories that I'll keep in my heart,
Although sometimes I wish that you and I didn't have to part.

You were my first love and my true love, that will always be so,
After all of the heartache, sadness and never ending pain, I know,
You and I had something special and that will never change,
Because I love you and loving someone else will always seem strange.

Would you just listen and please don't say a word, not ever,
I'd like you to remember that once upon a time, we said forever,
That I had hopes and dreams, that I was the one who threw them away,
And this is something I will always regret until my dying day.

Monday, November 2, 2009

"if allah is with u then whom do u have to fear...if allah is against u,then what hope do u have"